MH370: MIMPI KEDUA USTAZ KHAIRUL MENGENAI PESAWAT MH370

Himpunan Cerita Dalam dan Luar Negara Yang Siyot!

3/29/14

MH370: MIMPI KEDUA USTAZ KHAIRUL MENGENAI PESAWAT MH370


#MH370: LAGI MIMPI NGERI USTAZ BERTEMU PENUMPANG PESAWAT DI SEBUAH PULAU | Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Mimpi MH370 – Petunjuk Ke-2: Back to the Past
(Baca Sahaja…. Percaya Jangan… Hanya Mainan Tidur…)

Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung. 

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama……

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal… 

Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..

---------------------

PERINGATAN…!!

Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..

Ustaz Khairul Syakirin bin Abdul Wahab.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Manzil
Umur: 32 Tahun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 comments:

  1. mcm cerita novel je...

    ReplyDelete
  2. ini dah sah.... ustaz celop...... adik pada raja bomoh zam zam..... pas ni kita tgk plak apa mimpi ketiga dia.....

    ReplyDelete
  3. betul atau tidak Allah s.w.t shj yg tahu.. jgn sesuka hati menghukum..

    ReplyDelete
  4. cer cari ape tu toluena

    ReplyDelete
    Replies
    1. insoluble liquid with typical smell of paint thinners - also used as an inhalant drug, potential to cause severe neurological harm. (kematian sel otak). Anyway, Ustaz nk tdo basuh kaki tau. wallahualam :)

      Delete
  5. Sy percaya ini semua konspirasi amerika utk mewujudkan new world of order di bwh iluminati atau freemason, bg sesiape yg kurang mengakji sejarah tak perlu comment n menghentam istaz, kalau yg mimpi adalah org biase sy tak percaya, kalau yg mimpi adalah seorang ustaz apatahlagi ilmunya tinggi apatah lg seorang huffaz pengahafal quran, siapa kita utk mengkritik mereka Allah berilan ilmu khasyaf kpd mereka melalui mimpi... Ini bkn bomoh.. Tp kekuasaan alquran adalah segalanya...kerana sy jg penghafalnya..

    ReplyDelete
  6. bodohlah sesiapa yg mengatakan ustaz nie bomoh...
    kau mane tau die bomoh..
    nie mungkin petunjuk dari Nya...
    kita mane tau kan..
    jg sedap2 mulut je ckp...
    kadang2 mimpi tu bleh menjadi realiti...

    ReplyDelete
  7. Kalau rasa x betol, diam sudah lah, x payah la nk komen mcm bagos sgt. Mimpi boleh jd permainan minda dan boleh jd petunjuk dr Allah SWT. Mengaji bagi abes abg2 akak2 oi. Jahil mengaji bukan jahil tunjuk pandai.
    Semoga Allah memberi balasan setimpal kpd kaum kafir laknatullah kalo apa yg ustaz ini mimpikan adalah benar..

    ReplyDelete
  8. Ostad pon nak oakai bmw jugak

    ReplyDelete
  9. ALLAHUALAM... Andai rasa x betul abaikn saja... Jgn di fitnah atau sbginta... Baca, diam, doa yg terbaik untuk pnumpang tersebut...
    Apapun mcm tertunggu pula whatvthe next

    ReplyDelete
  10. The Illuminati tu ujud, agenda new world order ITU benar... Ada kaitan dgn kedatangan dajjal! buka Mata kalian luas2 perhatian simbol "Mata Satu" (the one eye!) ITU juga harus lambang dajjal...Dan kesemua INI usaha LUCIFER sedari dlm syurga lagi menghasut Hawa... the rest is history in the making.....Allah Hualaaam

    ReplyDelete
  11. The Illuminati tu ujud, agenda new world order ITU benar... Ada kaitan dgn kedatangan dajjal! buka Mata kalian luas2 perhatian simbol "Mata Satu" (the one eye!) ITU juga harus lambang dajjal...Dan kesemua INI usaha LUCIFER sedari dlm syurga lagi menghasut Hawa... the rest is history in the making.....Allah Hualaaam

    ReplyDelete
  12. Ko pon same aripinlatip.. lucifer la illuminati la... ko penah khatamkan tafsir quran? Paham ape allah nak sampaikan? Lekali tdo cuci kaki ye ustaz. Bace bismillah ngan doa tdo.

    ReplyDelete
  13. Mimpi betul atau tidak kita tak tahu.tapi dgn mensensasikan mimpi yg ustaz ni sendiri tak boleh nak buktikan menambahkan lagi serabut family yg terlibat.pls respect them.stop this nonsense ye ustaz yg terpilih.

    ReplyDelete
  14. Aku kalau asyik fikir pasal benda ni pun akan terbawak dalam mimpi, tak kiralah pasal apa pun. Mainan syaitan belaka

    ReplyDelete
  15. Lu punya sembang ustat, pokok pun bole tumbang

    ReplyDelete
  16. Kau punya cerita perghhh ini kondominium pun leh goyang laaa

    ReplyDelete
  17. Kau punya cerita perghhh ini kondominium pun leh goyang laaa

    ReplyDelete
  18. ustaz2 so called pusat rawatan islam ni aku tak percaya sangat..kalo ustaz yg reputable n credible macam harun din baru aku percaya

    ReplyDelete
  19. Tak payah nak sebarkan cerita kalau setakt cerita atas dasar mimpi, dongeng tahyol manyol jadinya,,p/s: sediakan ayat2 cover line ko ustaz sebab lepas ni ko akan dikutuk oleh orang2 dari bangsa ko sendiri wakakakaka...

    ReplyDelete
  20. Hanya allah taala je yg taw rahsia disebalik rahsia...yg elok dijadikn petunjuk....
    Keyboard warrior....behave ur word...

    ReplyDelete
  21. details gak kan

    ReplyDelete
  22. Ni sah byk tgk DVD ni ustaz ,......

    ReplyDelete